Permintaan Hak Penggunaan

 

Hai! Jika anda menerima mesej ini, ia bermakna kami merasakan bahawa kandungan yang anda kongsikan menarik dan kami mahu menggunakannya!

Kami ingin mendapatkan kebenaran untuk kongsikan kandungan anda di laman sesawang syarikat dan/atau di laman media sosial kami – kredit akan diberikan kepada anda! Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk petikan di bawah. Jika anda bersetuju, sila balas komen/mesej kami dengan hashtag (#CokeYes, #SpriteYes, #FantaYes, #FuzeTeaYes).

Terima kasih sekali lagi untuk kandungan anda!

 

Terma dan Syarat Kandungan Coca‑Cola

Dengan membalas menggunakan hashtag yang relevan dengan jenama (#CokeYes, #SpriteYes, #FantaYes, #FuzeTeaYes), anda bersetuju dengan terma penyerahan berikut. Dengan persetujuan untuk menyerahkan kandungan, anda memberi kebenaran dan lesen kepada Syarikat Coca‑Cola, anak syarikat, syarikat gabungan dan pengedar, ejen mereka dan semua penerus serta penerima hak mereka, dan mereka yang bertindak di bawah kebenaran mereka (secara kolektif, "Pihak Berlesen"), untuk menerbit, mengubah, serta mengedarkan kandungan anda, bersama dengan nama dan gambar anda, dalam sebarang media yang kini dikenali atau diwujudkan di seluruh dunia selama-lamanya untuk apa-apa tujuan, termasuk tujuan pengiklanan. Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda berumur 18 tahun dan keatas, diberi kuasa untuk memberikan hak-hak ini, kandungan tidak melanggar hak pihak ketiga, dan tiada bayaran diperlukan atau akan dibayar kepada mana-mana pihak. Anda memahami bahawa Pihak Berlesen tidak berkewajipan untuk menggunakan kandungan sedemikian dan Pihak Berlesen boleh mengedit atau membuat karya terbitan daripada kandungan tersebut sebahagian daripada pengedaran berlesen Pihak Berlesen tanpa persetujuan daripada anda mengenai produk akhir.